


Isra Travel Sdn Bhd menawarkan pakej dalam negara dan luar negara. Antara pakej utama Isra Travel Sdn Bhd adalah Pakej Umrah, Pakej Baitul Maqdis dan Pakej ke Mesir. Dan untuk dalam negara, Pakej ke Semporna sahaja yang dibuka buat masa ini.
Tempahan boleh dilakukan dengan cara menghubungi kami ditalian aplikasi Whatsapp, hubungi talian pejabat, atau datang terus ke pejabat kami yang berada di Bandar Baru Bangi, Selangor.
Harga pakej yang dipaparkan adalah termasuk dengan harga penerbangan dan penginapan. Kecuali untuk kos makan, ada beberapa pakej yang tidak termasuk dengan kos makan dan perlu ditanggung oleh pelanggan.
Bayaran deposit bergantung kepada pakej apa yang dipilih oleh pelanggan. Jika pakej umrah, pelanggan perlu membayar deposit sebanyak RM1,000 sahaja. Jika pelanggan memilih pakej Baitul Maqdis atau pakej selain umrah, pelanggan perlu membayar 10% daripada harga pakej tersebut.
Pelanggan dibenarkan membayar secara ansuran jika tempoh penerbangan lebih daripada 3 bulan. Jika penerbangan dalam lingkungan 3 bulan akan datang, pelanggan perlu membayar harga penuh kepada Isra Travel Sdn Bhd.
